30 November 2015 - 06:02
Surat kedua Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran kepada pemuda Eropah

Ayatullah Khamenei menyampaikan pesanan penting buat kali kedua untuk para pemuda Eropah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatullah Sayid Ali Khameneri buat kali kedua menulis surat terbuka yang mengandungi pesanan penting
untuk para pemuda negara-negara Eropah. Teks surat tersebut adalah seperti berikut:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kepada para pemuda di negara-negara Eropah

Peristiwa-peristiwa pahit yang dibawa oleh keganasan buta di Perancis sekali lagi mendorong saya untuk bercakap dengan kamu wahai para pemuda.
Bagi saya insiden tersebut bukanlah suatu yang bertuah untuk membina format perbicaraan, namun sekiranya kebenaran adalah perkara yang
menyakitkan tanpa ada usaha mencipta latar bagi menemukan penyelesaian dan perundingan bersama, maka kerosakan yang terhasil akan menjadi
berlipat ganda.

Kesakitan yang dialami mana-mana manusia di dalam dunia akan mencetuskan dukacita bagi sesama manusia. Melihat kanak-kanak kehilangan
hidupnya di hadapan orang tersayang, ratapan seorang ibu yang selama ini mencurahkan kegembiraan untuk keluarganya, seorang suami melarikan
jasad pasangannya yang tidak bernyawa ke suatu tempat dan para saksi mata yang tidak mengetahui samada mereka akan melihat melihat detik-
detik terakhir insiden yang membangkitkan emosi dan perasaan mana-mana manusia. Sesiapa yang telah mendapat manfaat kasih sayang dan peri
kemanusiaan akan merasa simpati dan tersayat hati dengan menyaksikan peristiwa seperti ini, sama sahaja seperti yang terjadi di Perancis,
Palestin, Iraq, Lubnan atau Syria.

Tidak diragukan lagi, satu setengah bilion umat Islam juga mempunyai perasaan ini, meluat dan memberontak akibat dalang yang bertanggung
jawab terhadap bencana ini. Walau bagaimanapun sekiranya isu ini tidak dapat membangunkan masa depan yang lebih baik dan selamat, maka ia
akan bertukar menjadi sebuah memori pahit dan sia-sia. Saya benar-benar percaya bahawa hanya anda semua para pemuda yang dapat belajar
dengan tauladan sukar hari ini, yang mempunyai kekuatan untuk menyingkap makna baru bagi membina masa depan atau memikul beban jalan
kesesatan yang telah dibawa oleh Barat ke dalam kebuntuan semasa.

Memang benar, terrorisme hari ini adalah kebimbangan kita bersama, namun anda perlu tahu huru hara dan ketegangan yang anda rasakan
sepanjang peristiwa baru ini berlainan dari kesengsaraan yang dialami oleh orang Iraq, Yaman, Syria dan Afghanistan selama bertahun-tahun. Dalam
dua dua cara yang ketara. Pertama, dunia Islam telah menjadi mangsa keganasan dan kekejaman yang berskala luas, jumlah kuantitatif yang lebih
besar untuk jangka masa yang panjang. Kedua, malangnya keganasan ini telah disokong oleh beberapa kuasa dunia melalui berbagai aneka cara
dan makna yang efektif.

Hari ini, terdapat ramai orang yang kurang arif mengenai peranan Amerika Syarikat dalam mewujudkan, memupuk dan membekalkan senjata kepada
al-Qaeda, Taliban dan penerus mereka. Selain sokongan langsung ini, penyokong terang-terangan golongan pengganas takfiri, selain mempunyai
sistem latar belakang politik yang mundur, mereka menyusun sekutu Barat sedangkan perintis yang paling penting, sedangkan puak demokrat yang
lebih jelas dan paling dinamik telah ditekan tanpa belas kasihan. Sambutan prejudis Barat terhadap gerakan kebangkitan dalam dunia Islam adalah
contoh ilustrasi percanggahan dengan dasar-dasar barat.

Dari sisi lain, percanggahan dasar ini kelihatan mendukung negara pengganas Israel. Orang yang tertindas di Palestin telah merasai keganasan
yang paling parah semenjak 60 tahun lalu. Sekiranya warga Eropah sekarang menetap dalam rumah selama beberapa hari tanpa menghadirkan diri
di tempat-tempat yang sibuk, sama nisbahnya dengan sedekad lamanya keluarga Palestin dirundung ancaman Zionis dan jenteranya walaupun di
tanahair sendiri. Bencana apakah lagi hari ini yang setanding dengan pembinaan penempatan rejim Zionis.

Rejim ini - yang dikecam dan dikutuk sekutu terkenalnya secara tidak serius, termasuklah organisasi antarabangsa - setiap hari meruntuhkan rumah
rakyat Palestin dan memusnahkan ladang-ladang mereka. Aksi ini dilakukan tanpa memberikan mereka waktu untuk menuai hasil tanaman, dan aksi
ini seperti biasa dilakukan di hadapan wanita dan kanak-kanak yang terkejut beserta air yang berlinang, iaitu para saksi yang melihat keluarga mereka
dipukul kejam di mana dalam beberapa kes ada yang diheret ke dalam bilik penyeksaan ngeri. Dalam dunia hari ini, apakah kita mengetahui ada lagi
kekejaman lain pada skala, skop dan tempoh yang panjang itu?.

Melepaskan tembakan ke atas wanita di tengah jalan semata-mata kesalahannya adalah memprotes tentera yang lengkap bersenjata - sekiranya ini
bukan terrorisme tindakan apakah ini? Inilah dia barbarisme, apakah ia tidak boleh dipanggil ekstremisme disebabkan perbuatan tersebut dilakukan
oleh pasukan bersenjata kerajaan penjajah. Atau kerana kes-kes ini selalu berulang di skrin televisyen selama 60 tahun, mereka ini tidak lagi
menggerakkan naluri kita?

Pencerobohan tentera terhadap dunia Islam dalam beberapa tahun ini - dengan korban yang tidak terhitung lagi - merupakan satu lagi contoh
pertentangan logik di duna barat. Negara-negara yang diserang, bukan sekadar mengalami kerugian ekonomi dan prasarana industri, gerakan
pertumbuhan dan kemajuan menjadi terencat atau tertangguh. Dalam sebahagian kes ia ketinggalan ke belakang selama sedekad. Selain semua
ini, mereka secara biadab meminta untuk tidak melihat diri mereka sebagai penindas. Bagaimana mungkin negara yang telah dilingkup, kota-kota
dan bandar-bandarnya diselaputi debu, kemudian tiba-tiba meminta bencana untuk tidak dipanggil sebagai petaka? Tidak memohon maaf pun
menjadi lebih baik? Sedangkan kesengsaraan yang dideritai dunia Islam pada tahun ini akibat hipokrit dan talam dua muka para penceroboh tidaklah
kurang kesakitannya berbanding kerosakan material.

Para beliau yang dihormati! Saya harap anda semua sekarang atau masa depan, dapat menukar mentaliti korup yang berserta tipu daya, mentaliti
kemahiran tinggi dalam menyembunyikan agenda jangka panjang dan misi jahatnya. Dalam pandangan saya, langkah pertama mewujudkan
keselamatan dan keamanan ialah memperbaiki mentaliti yang menyumbang ke arah keganasan. Sehinggalah sikap berat sebelah yang
mendominasi dasar Barat serta keganasan yang berkuasa dalam mata penyokongnya dapat di bahagikan kepada kategori baik dan buruk,
begitulah juga mengenai kepentingan kerajaan yang diberi keutamaan ke atas nilai manusia dan etika. Akar umbi keganasan juga tidak sepatutut
dicari di tempat lain (hendaklah dicari di tempat sendiri).

Malangnya, akar umbi ini telah dicabut jauh dari dalam budaya politik Barat selama bertahun-tahun dan mereka telah mencipta pencerobohan yang
lembut dan diam-diam. Banyak negara di dalam dunia yang berbangga dengan budaya tempatan dan kebangsaan mereka. Budaya yang mengalami
kemajuan dan pertumbuhan telah tidur nyenyak hasil pupukan masyarakat manusia selama berabad-abad. Duni Islam juga terkecuali dengan ini.
Walau bagaimanapun di dalam era ini, dunia Barat memperalatkan kelengkapan canggih menekankan klon dan replikasi budayanya dalam skala
global. Saya anggap pengenaan budaya Barat terhadap masyarakat dan trivialisasi lain menlazimkan kebebasan budaya dalam bentuk keganasan
yang diam dan bahaya ekstrem.

Penghinaan terhadap budaya yang kaya dan perlecehan terhadap bahagian yang paling dihormati ini terjadi apabila budaya alternatif ditawarkan,
padahal tidak ada cara untuk menerima elemen budaya ini. Contohnya, kedua-dua elemen "kekerasan" dan "pergaulan bebas", alangkah malangnya
ia telah menjadi unsur utama kebudayaan Barat yang telah menjatuhkan kedudukan dan menyusutkan penerimaan sumber serantaunya.

Jadi persoalannya sekarang: Apakah kita berdosa semata-mata kerana tidak inginkan sifat aggresif, budaya kesat dan dungu? Apakah kita akan
dipersalahkan apabila menyekat kebanjiran budaya tidak senonoh yang dituju kepada pemuda kita dalam beraneka bentuk dan kesenian? Saya
tidak nafikan betapa pentingnya nilai kebudayaan interaksi. Namun apabila interaksi ini dijalankan dalam keadaan biasa dan pernghormatan, nescaya
pertumbuhannya amat pesat dan kaya. Sebaliknya, interaksi yang dilayan tanpa sebarang keharmonian tidak akan berjaya.

Kita perlu nyatakan dengan penuh kesal bahawa kumpulan keji militan IS adalah benih benih buruk yang diimport itu. Jika perkara itu semata-mata
berbentuk teologi, kita harus menyaksikan fenomena itu sebelum era penjajah, namun sekarang sejarah menunjukkan pertentangan.

Seseorang perlu bertanya mengapakah insan dilahirkan di Eropah yang memiliki intelektual dan mental semulajadi di dalam lingkungan itu tertarik
dengan kumpulan demikian? Bolehkah kita benar-benar percaya bahawa insan tersebut mempunyai satu atau dua jalan ke arah medan peperangan,
tiba-tiba menjadi terlalu ekstrem sehingga boleh menjawab teka teki mayat rakan mereka dengan peluru? Dalam hal ini kita pasti tidak boleh lupa
tentang kesan daripada kehidupan yang dipupuk dengan budaya patalogis beserta persekitaran yang korup, yang membawa kepada keganasan.
Dalam perkara ini, kita perlu analisis lengkap yang dapat melihat kesalahan-kesalahan yang tersembunyi mahupun yang jelas. Mungkin kebencian
yang mendalam ditanam pada tahun-tahun pertumbuhan industri dan ekonomi, lahir dari ketidaksamaan, kebolehan legitimasi dan prejusdis stuktur,
merupakan idea yang tercipta dari beberapa tahun dengan cara yang menjijikkan.

Dalam apa jua keadaan, anda adalah orang yang akan mendedahkan penampilan lapisan masyarakat anda sendiri, merungkai dan menguraikan
ikatan dan kemarahan. Rekahan harus ditampal, ia tidaklah terlalu dalam. Reaksi terburu-buru adalah satu kesilapan yang besar apabila memerangi
keganasan yang hanya meluaskan jurang. Mana-mana reaksi tergesa-gesa dan emosional harus dipencilkan, kerana menjadi kegerunan dan
mencipta kebimbangan yang lebih banyak untuk komuniti Muslim yang tinggal di Eropah dan Amerika, yang terdiri dari berjuta-juta manusia yang aktif
dan bertanggung jawab. Ini semua dapat mencegah mereka dari meraih hak-hak asasi lebih dari apa yang telah terjadi, dan ia dapat menyebabkan
mereka tersingkir dari masyarakat, bukan sekadar tidak dapat menyelesaikan masalah itu, malah akan meningkatkan kemarahan.

Langkah-langkah yang cetek dan tindak balas terutamanya sekiranya mereka mengambil bentuk yang legitimasi, tidak akan memberikan apa-apa
melainkan meningkatkan polarisasi, yang membuka jalan untuk krisis selanjutnya dan tidak menghasilkan apa-apa. Menurut laporan yang diterima,
beberapa negara di Eropah telah mengeluarkan garis panduan yang menggalakkan rakyatnya mengawasi Muslim. Kelakuan ini tidak adil dan kita
semua tahu bahawa menuruti kezaliman akan memberikan karakter yang tidak diingini. Selain itu, umat Islam tidak layak menerima layanan buruk itu.
Selama berabad-abad lamanya, dunia Barat telah mengenali Islam dengan baik, penduduk Barat telah menjadi tetamu negara umat Islam dan
tertarik dengan kekayaan budaya sambutan tetamu dan di hari yang lain mereka pula menjadi tetamu dan memanfaatkan usaha dan pemikiran umat Islam. Secara umumnya mereka tidak mendapat apa-apa pengalaman melainkan kebaikan dan ketabahan

Oleh itu, saya inginkan kamu wahai pemuda untuk meletakkan asas bagi interaksi yang benar dan bermaruah dengan dunia Islam berasaskan kesefahaman yang benar, pandangan yang mendalam dan pengajaran daripada pengalaman dahsyat. Dalam keadaan seperti itu, tidaklah terlalu lama untuk anda saksikan bangunan yang dibina atas asas-asas yang kukuh, yang mewujudkan naungan keyakinan dan kepercayaan, yang menyejukkan mahkota arkiteknya. Adalah suatu kehangatan keselamatan dan keamanan yang mana ia memberikan wasiat kepada mereka, kobaran harapan dalam masa depan yang cerah, yang menerangi suara muka bumi.

Sayed Ali Khamenei,
29 November 2015